JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 9.52 juta setakat pagi ini.

Menurut data terbaru Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam yang lalu terdapat peningkatan kira-kira 200,000 kes.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.41 juta kes.

Brazil kini menjadi negara kedua yang melepasi angka jangkitan 1.18 juta kes.

Jangkitan di Rusia pula melepasi 613,000 kes.

Negara keempat dan kelima merekodkan kes jangkitan yang tinggi adalah India dengan 473,000 kes dan United Kingdom dengan 309,000 kes.

Lima lagi negara mencatatkan angka melebihi 200,000 iaitu, Peru, Sepanyol, Itali, Chile dan Iran.

Sementara itu, 10 negara merekodkan angka melebihi 100,000 kes.