ANGKA kematian akibat COVID-19 terus meningkat.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global mencecah 1.18 juta kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 229,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 158,000 kes.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 121,000 dan 90,000 kes kematian.

Manakala, angka korban di United Kingdom melepasi 46,000 kes.

Itali, Perancis, Sepanyol, Iran, Peru, Colombia dan Argentina pula merekodkan angka korban melebihi 30,000 kes.

Negara yang melebihi angka 20,000 kes korban ialah Rusia.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.