KORBAN virus COVID-19 di peringkat global kini melebihi 1.12 juta.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif terkini adalah 1,122,036.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 220,902 kematian.

Ini diikuti Brazil dengan 154,176 kematian, India 115,197 dan Mexico 86,338.

Manakala, United Kingdom mencatatkan 44,057 kes.

Itali, Sepanyol, Perancis, Peru dan Iran pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.

Negara yang melebihi angka 20,000 kes korban adalah Colombia, Argentina dan Rusia.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.