Kerajaan negara-negara di Asia Barat perlu bertindak pantas bagi mengekang penularan jangkitan koronavirus selepas angka kes meningkat kepada hampir 60,000.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata peningkatan hampir sekali ganda jumlah kes pada minggu sebelumnya.

“Kes baharu dilaporkan di beberapa negara paling terkesan dengan sistem kesihatan yang mundur.

“Malah di negara-negara dengan sistem kesihatan yang lebih baik, kami melihat peningkatan angka kes jangkitan dan kematian yang membimbangkan," kata pengarah wilayah timur Mediterranean, Ahmed Al-Mandhari dalam satu kenyataan.

Selain Iran, yang melaporkan hanya sekitar 50,000 kes, jumlah jangkitan yang direkod adalah agak rendah di Asia Barat berbanding Eropah, Amerika Syarikat dan Asia.

Namun beliau bimbang jika angka sebenar kes jangkitan itu tidak dilaporkan dan ini disulitkan lagi dengan konflik di banyak negara di mana sistem kerajaan dan kesihatannya lemah.

“Saya menggesa sesuatu segera dilakukan bagi menangani situasi ini.

"Peningkatan jumlah kes menunjukkan penularan jangkitan berlaku amat pantas dalam kawasan setempat dan komuniti.

"Kita masih ada ruang, namun ia semakin mengecil saban hari," kata Mandhari.