Ratu Elizabeth II pada Selasa menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-94, namun tradisi sambutan itu dilihat tidak seperti tahun sebelumnya susulan situasi pandemik COVID-19 melanda dunia yang kini turut menjejaskan United Kingdom (UK).

Pentadbiran juga sudah dimaklumkan bahawa rakyatnya boleh menjangkakan perkara itu tidak akan berlaku.

Tradisi seperti kibaran bendera di bangunan kerajaan dan perarakan kereta kuda yang kebiasaannya menjadi pelengkap hari istimewa itu tidak diteruskan di seluruh kota London itu sepertimana dititahkan baginda.

Sambutan ulang tahun kelahiran dan acara ulang tahun lazimnya bakal disambut meriah dengan tembakan hormat.

Baginda, bagaimanapun, merasakan ia sebagai tidak bersesuaian untuk diteruskan melihatkan situasi krisis yang kritikal ketika ini.

Dalam pada itu, menerusi ucapan hari lahir di akaun rasmi Twitter keluarga diraja itu, Istana Buckingham memuat naik video peribadi yang memaparkan Ratu Elizabeth bersama adik bongsunya, Ratu Margaret sewaktu kecil.

Head of the Commonwealth, Head of the Armed Forces, Head of State in 16 countries and the longest reigning Monarch in British History. Wife, mother, grandmother and great-grandmother. Happy birthday, Your Majesty!” tulis ucapan itu.

Istana Buckingham pada Mac mengumumkan bahawa beberapa acara tidak akan diteruskan sebagai langkah berjaga-jaga kepada wabak COVID-19.

Sementara itu, Ratu Elizabeth juga dilaporkan telah meninggalkan London untuk ke Istana Windsor sebagai satu usaha penjarakan sosial susulan wabak itu.

Baginda dilahirkan pada 21 April 1926 di Bruton Street dan mula menaiki takhta pada 1952 ketika baginda berusia 25 tahun.

Untuk rekod, ia pertama kali Ratu Elizabeth II bertitah sedemikian selama 68 tahun pemerintahannya bagi menghormati perintah sekatan pergerakan di Britain yang berkuat kuasa sejak bulan lalu.

Ia dilanjutkan selama tiga minggu kerana jumlah kematian akibat COVID-19 di negara itu mencecah 16,509 kes.

BACA: COVID-19: Keluarga diraja Britain ambil langkah berjaga-jaga