NEW DELHI:Jumlah kes positif COVID-19 di India disahkan melangkaui angka enam juta pada Isnin.

Di sebalik lonjakan kes itu, ramai penduduk di New Delhi masih lagi menunggu giliran untuk disaring dengan kes dijangka terus meningkat.

Kementerian Kesihatan India melaporkan 82,170 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 6,074,703.

BACA: Hampir 90,000 kes COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam, India dijangka lepasi AS

 

Kira-kira 1,039 kematian turut dicatatkan dalam tempoh sama, menjadikan jumlah kematian meningkat sehingga 95,542 kes.

Jangkitan baharu di India kini dilaporkan lebih cepat daripada tempat lain di dunia.

India menjadi negara paling teruk terjejas dalam tempoh beberapa minggu dan mempunyai sejuta kes di belakang Amerika Syarikat yang kini melaporkan 7.1 juta jumlah jangkitan.