Sebuah kapal persiaran mewah Jerman yang membawa 1,200 penumpang dikuarantin di Pelabuhan Haugesund, Norway pada Selasa selepas dua daripada penumpangnya disyaki dijangkiti COVID-19.

Kapal tersebut, Aida Aura, dijadualkan meninggalkan pelabuhan tersebut pada Isnin namun terpaksa ditangguh oleh pihak berkuasa kesihatan Norway sehingga keputusan ujian saringan diperolehi.

Kapal pesiaran itu bukanlah yang pertama dikuarantin ekoran penularan wabak COVID-19.

Terdahulu, kapal persiaran Diamond Princess yang dikendalikan oleh Amerika Syarikat juga dikuarantin di Yokohama Jepun pada Februari lalu selepas beberapa penumpang dijangkiti virus berkenaan.

BACA: COVID-19: Diamond Princess kembali belayar April ini

Seramai 705 penumpang telah dijangkiti virus tersebut di atas kapal berkenaan.

Penularan itu sekali gus mencetuskan kritikan antarabangsa terhadap keupayaan kawalan penyakit oleh negara Jepun.

Kapal berkenaan membawa 3,711 penumpang dan anak kapal.