Sekatan pergerakan di Sepanyol akan dilonggarkan secara berperingkat menerusi empat fasa.

Menurut Perdana Menterinya, Pedro Sanchez, sekatan itu akan dilonggarkan sepenuhnya pada penghujung Jun.

Pelan peralihan ini mendapat kelulusan Kabinet Sepanyol.

Ia bagaimanapun tidak menggariskan tarikh khusus untuk pelan berkenaan.

Setiap fasa akan dilaksanakan dalam tempoh dua minggu.

Fasa persediaan bermula 26 April lalu apabila negara berkenaan membenarkan kanak-kanak berada di luar bagi tempoh sejam setiap hari.

Fasa pertama bermula 11 Mei depan.

Restoran dan bar dibenarkan beroperasi namun dengan bilangan pengunjung dihadkan.

Fasa kedua melibatkan pembukaan prasekolah.

Bagi fasa ketiga, semua premis perniagaan akan dibenarkan beroperasi, namun dengan amalan penjarakan sosial.