Singapura mengesahkan 657 kes baharu COVID-19 semalam, dengan satu lagi kematian yang melibatkan warga emas, menjadikan jumlah kematian 18 orang.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu memaklumkan wanita warga Singapura berusia 86 tahun itu meninggal dunia pada 3 Mei di Hospital Khoo Teck Puat.
Dilabelkan sebagai kes ke-14,744, wanita itu yang disahkan dijangkiti COVID-19 pada 27 April, mempunyai latar belakang penyakit diabetes, hipertensi dan hiperlipidemia.
Singapura melaporkan kematian pertama akibat COVID-19 pada 21 Mac.
Sementara itu, kementerian memaklumkan punca kematian kes ke-17,410, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 47 tahun, yang meninggal dunia pada 1 Mei, adalah disebabkan penyakit jantung iskemik.
Setakat Ahad, 61 lagi kes jangkitan COVID-19 telah dibenarkan keluar hospital atau fasiliti pengasingan komuniti.
Secara keseluruhan, menurut MOH, 1,408 telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan telah dibenarkan keluar dari hospital atau fasiliti pengasingan komuniti.
Pada masa ini terdapat 1,630 kes yang masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya stabil atau bertambah baik, manakala 22 lagi berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.
Sementara itu, 15,149 kes dengan gejala ringan atau baik secara klinikal tetapi masih positif COVID-19 kekal diasingkan di fasiliti komuniti.
Daripada 657 kes baharu yang direkodkan pada Ahad, tiada kes diimport, 13 kes dalam fasiliti komuniti, 18 pemegang permit kerja yang tinggal di luar asrama, sementara 626 pemegang permit kerja yang tinggal di asrama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 04 2020
Pada masa ini terdapat 1,630 kes yang masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya stabil atau bertambah baik. -Bernama
Pas puji tindakan pantas kendalikan tragedi helikopter TLDM
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Penghormatan terakhir mangsa nahas helikopter
Ikuti perkembangan terkini bersama wartawan Astro AWANI, Ridauddin Daud, langsung dari Ipoh, Perak untuk upacara penghormatan terakhir dan pengebumian 10 wira negara yang maut dalam nahas helikopter terhempas di pangkalan udara TLDM, Lumut, pada pagi Selasa.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh yang dijangka sekitar jam 2 petang pada Rabu.
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar
Bangladesh menghantar pulang kira-kira 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan.
Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar
Menteri Luar India dan Bangladesh mengadakan perbincangan berhubung situasi di Myanmar.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen
Dalam serbuan itu, seramai 370 warga asing telah diperiksa manakala lebih 100 daripada mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
1,000 polis serbu 'mini Dhaka'
Seramai 1,000 anggota dan pegawai polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) menggempur 'mini Dhaka' di Jalan Silang di sini, pada Khamis.
Runtuhan gudang: Mangsa tiada caruman Perkeso, KSM akan ambil tindakan terhadap majikan
Kegagalan majikan mendaftar dan membayar caruman pekerja asing itu jelas melanggar Seksyen 6, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Syarikat Malaysia dapat tawaran RM125 juta melalui misi Matrade ke India, Bangladesh
Syarikat Malaysia telah mendapat tawaran perniagaan bernilai RM125 juta melalui misi pecutan eksport (EAM) baru-baru ini ke India dan Bangladesh.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Laluan kereta api Dohazari-Cox's Bazar dorong pembangunan ekonomi Bangladesh
Upacara perasmian laluan kereta api Dohazari-Cox's Bazar yang dibina dengan kerjasama syarikat China diadakan di sini, pada 11 November.