Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan seorang lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan COVID-19 hari ini.

Dalam kenyataannya di sini, MOH menjelaskan bahawa seorang lelaki Singapura berumur 70 tahun dengan tiada sejarah perjalanan ke negara luar dan rantau ini yang dijangkiti virus bahaya itu.

Bagaimanapun, lelaki itu menghidap darah tinggi dan hiperlipidaemia, telah dimasukkan ke Hospital Besar Singapura pada 29 Feb dan disahkan dijangkiti COVID-19 pada 2 Mac.

Menurut kementerian itu lagi, pesakit berkenaan mendapat rawatan di unit penjagaan rapi (ICU) sejak dimasukkan ke hospital itu.

Lelaki itu mengalami komplikasi teruk dan seterusnya dijangkiti virus itu selepas 27 hari dalam ICU.

Singapura dilaporkan mencatat kes positif pertama pada 23 Jan dan dua kematian pertama pada 21 Mac.

Republik itu juga mencatatkan 802 kes positif manakala 198 telah pulih.

-- BERNAMA