Singapura sedang menyemak semula dasar pembayaran rawatan COVID-19 bagi mereka yang melakukan perjalanan ke luar negara di bawah aturan perjalanan yang dibenarkan bermula 7 Ogos.
Aturan perjalanan yang dibenarkan merangkumi Lorong Hijau dan Pantas yang sedang dilaksanakan, juga mana-mana aturan perjalanan yang mungkin dilaksanakan pada masa depan.
Perkara itu diumumkan Menteri Kesihatan republik itu Gan Kim Yong, yang juga pengerusi bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian berkenaan COVID-19, pada sidang media secara maya di sini, pada Khamis.
Gan berkata pelawat akan dapat memanfaatkan aturan pembiayaan penjagaan kesihatan secara berkala untuk bil perubatan pesakit, "jika mereka mengalami gejala dalam masa 14 hari selepas kembali ke Singapura dan perlu dimasukkan ke wad kerana disyaki mendapat jangkitan COVID-19".
Dalam kata lain, warga Singapura dan penduduk tetap layak mendapat subsidi kerajaan dan pelan perlindungan MediShield Life/Integrated Shield Plans, namun akan diminta membayar baki bayaran bersama.
Sementara itu, pemegang pas jangka panjang, boleh memanfaatkan aturan kewangan mereka seperti insurans pekerja asing, jika boleh diguna pakai.
Singapura sebelum ini mempunyai aturan perjalanan dengan China dan akan mempunyai dua skim perjalanan -- Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA) -- bersama Malaysia, dijadual dilancarkan pada 17 Ogos.
Republik itu sebelum ini mengeluarkan nasihat perjalanan, iaitu kepada mereka yang akan melakukan perjalanan ke luar negara bermula 27 Mac dan seterusnya disyaratkan membayar sepenuhnya bil perubatan mereka sendiri jika dimasukkan ke wad sekiranya mereka mengalami gejala dalam masa 14 hari setelah kembali ke Singapura.
Pasukan petugas menyatakan pelawat yang tidak tertakluk di bawah aturan perjalanan yang dibenarkan dan melanggar nasihat perjalanan itu dengan melakukan perjalanan perlu membayar sepenuhnya bil perubatan COVID-19 mereka tanpa akses pada subsidi dan Pelan perlindungan.
Pemegang pas jangka pendek yang memasuki Singapura di bawah aturan perjalanan yang dibenarkan akan kekal bertanggungjawab terhadap bil perubatan mereka jika diuji positif COVID-19, tambahnya.
Bernama
Thu Aug 06 2020
Kim Yong berkata Singapura sedang menyemak semula dasar pembayaran rawatan COVID-19 bagi mereka yang melakukan perjalanan ke luar negara di bawah aturan perjalanan yang dibenarkan bermula 7 Ogos. -Gambar fail
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Harga minyak diunjur naik akibat konflik Iran-Israel
Harga minyak mentah Brent diunjur melonjak sehingga AS$95 setong berbanding sekitar AS$90 setong ketika ini berdasarkan jangkaan senario terburuk daripada konflik Iran-Israel.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
MPOC jangka MSM didagangkan pada harga RM4,000-RM4,200 satu tan pada April
MPOC berkata, dinamik pasaran minyak sawit pada Mac dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Ketibaan pelancong China ke Malaysia dijangka melebihi paras pra-COVID hujung tahun ini - CPAFFC
Yang berkata, kerjasama sudah terjalin buat sekian lama dan China melihat Malaysia sebagai sebuah negara dan rakan dagang yang penting.
China gesa elak konflik, anggap sudah selesai
China menggesa semua pihak mengelak konflik susulan tindakan serangan Iran ke atas Israel serta menganggap perkara itu sudah selesai.
Agong harap lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda itu membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China serta isu-isu semasa berkaitan kedua-dua negara.
'Tanah Besar China, Taiwan sedarah sedaging' - Presiden Xi
Tanah Besar China dan Taiwan sedarah sedaging dan hubungan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan harus ditangani dengan menjaga kepentingan keseluruhan dan memacu pembangunan untuk jangka masa panjang.