Singapura pada Sabtu merekodkan dua kematian pertama akibat COVID-19.

Korban pertama merupakan wanita warga tempatan berusia 75 tahun yang mula menerima rawatan pada 23 Februari lepas.

Mangsa mempunyai sejarah penyakit jantung serta hipertensi.

Sementara itu, pesakit kedua yang terkorban berusia 64 tahun, seorang lelaki warga Indonesia.

Mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) dalam keadaan kritikal pada 13 Mac, setelah tiba di republik itu dari Indonesia pada hari yang sama, dan disahkan dijangkiti COVID-19 pada 14 Mac.

Pada Jumaat, Singapura merekodkan 40 kes baharu positif jangkitan COVID-19, menjadikan keseluruhan sebanyak 385 kes.