Thailand mencatatkan 51 kes positif baharu COVID-19 di negara itu dengan tiga lagi kematian dicatatkan pada Isnin.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19, Taweesin Wisanuyothin, berkata daripada jumlah tersebut, 13 kes baharu adalah membabitkan petugas kesihatan yang merawat atau terbabit secara langsung dengan pesakit.

Katanya, hampir sebahagian kes baharu itu dikesan di Bangkok.

Setakat ini, Thailand mencatatkan kumulatif kes COVID-19 sebanyak 2,220 dengan 26 kematian sejak penularan pertama dikesan pada Januari lalu.