Selepas lebih dua bulan, Thailand hari ini menamatkan pelaksanaan perintah berkurung di seluruh negara, dan membuka kembali lebih banyak perniagaan serta venue ketika situasi COVID-19 di negara itu bertambah baik, merekodkan hari ke-21 tanpa jangkitan tempatan.
Tiada kes dan kematian baharu dilaporkan di Thailand dalam tempoh 24 jam, dan 2,987 daripada 3,135 kes positif yang direkodkan telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital, manakala 90 masih berada di wad, dan 58 kes melibatkan kematian.
Hari ini adalah fasa keempat kelonggaran dalam negara itu, di mana perniagaan dan venue 'berisiko tinggi' seperti sekolah dengan kurang daripada 120 pelajar, pusat tuisyen, taman permainan, taman tema, pusat jagaan kanak-kanak dan orang tua, seminar, persidangan, konsert dan pertandingan sukan tanpa penonton kembali dibenarkan beroperasi, namun pub, bar dan karaoke masih terus ditutup.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Thailand (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata agensi berkaitan sedang mengkaji cadangan pendekatan 'travel bubbles' atau 'koridor perjalanan' kerana kemungkinan beberapa negara akan berhadapan gelombang baharu COVID-19.
Menurut beliau, Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha secara prinsip telah bersetuju pada Jumaat lepas untuk membuka semula sempadan negara kepada pelawat asing dengan mewujudkan travel bubbles dengan negara-negara yang berjaya mengekang penularan pandemik COVID-19.
"Kami akan mendapatkan pilihan terbaik untuk negara. Travel Bubbles mampu menggerakkan semula ekonomi dan ia juga mungkin boleh menimbulkan risiko kesihatan. Isu ini memerlukan pertimbangan yang teliti," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
Jumaat lepas, Thaweesilp berkata perjalanan boleh dibuka semula kepada pelawat perniagaan dan pelawat perubatan yang memerlukan perkhidmatan dan rawatan dari negara serta wilayah dengan jumlah kes COVID-19 yang rendah seperti China, Hong Kong, Taiwan, Macau, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand, Laos, Myanmar, Kemboja dan beberapa negara Timur Tengah.
Menurutnya sebuah jawatankuasa kecil akan bermesyuarat pada hari Rabu ini untuk membincangkan lebih lanjut mengenai konsep, langkah-langkah dan garis panduan sebelum membawa cadangan berkenaan kepada CCSA.
Sementara itu, Prayuth berkata kerajaan sedang meneliti setiap perincian dan aspek ketika membuka pintu untuk pelawat dari negara-negara terpilih.
"Perlu ada peraturan untuk pekara ini sebelum pelancongan antarabangsa disambung semula. Kita akan melakukannya selangkah demi selangkah. Kita akan lihat sama ada negara-negara yang bekerjasama turut mempunyai jalinan kerjasama antara bandar raya. Kerajaan sedang merancangnya dengan teliti," katanya, seperti yang dipetik oleh Bangkok Post.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 15 2020
Thailand hari ini menamatkan pelaksanaan perintah berkurung di seluruh negara.- REUTERS/Jorge Silva
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.
Thailand rancang perkenal lebih banyak produk, perkhidmatan untuk tarik pelawat Malaysia
Warga Malaysia mendahului dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong yang melawat Thailand pada 2023.
Jenazah Pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok selamat dikebumikan
Jenazah Fadzilah Abu Hasan selamat dikebumikan pada 9.50 malam di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah, Kampung Limau Manis, Kajang.