Thailand hari ini melaporkan 89 kes baharu COVID-19 dan satu kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 2,067 dengan 20 kematian.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Thaweesilp Wissanuyothin berkata seorang lelaki warga Thailand berusia 72 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik merupakan kes kematian terkini yang dilaporkan di negara itu.
"Daripada 2,067 kes COVID-19, 1,762 adalah warga Thailand dan 305 adalah warga asing. COVID-19 telah menular ke 64 daripada 77 wilayah di negara ini," katanya pada taklimat harian perkembangan COVID-19, hari ini.
Bangkok merekodkan kes COVID-19 tertinggi iaitu 980 kes diikuti Wilayah Nonthaburi, 128 kes dan Phuket, 107 kes.
Sehingga kini, terdapat 612 pesakit telah dibenarkan pulang manakala selebihnya masih menjalani rawatan di beberapa hospital.
Bagi memperlahankan penyebaran COVID-19, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengeluarkan perintah untuk menghentikan semua penerbangan masuk antarabangsa ke negara itu bermula hari ini sehingga tengah malam, Isnin.
Berdasarkan perintah itu, mana-mana individu yang tiba melalui pesawat yang berlepas sebelum perintah itu dikeluarkan, perlu menjalani kuarantin selama 14 hari, setibanya di Thailand.
Pesawat tentera, pesawat bantuan kemanusiaan dan perubatan, pesawat kargo serta pesawat yang membuat pendaratan kecemasan atau pendaratan teknikal dikecualikan, kata CAAT.
Ia berikutan insiden kekecohan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada Jumaat, apabila sekumpulan warga Thailand yang pulang ke rumah masing-masing enggan menjalani kuarantin 14 hari di pusat kuarantin negara.
Dalam insiden itu, daripada 158 warga Thailand; yakni 103 dari Jepun, Singapura (44) dan Qatar (11) yang mendarat di lapangan terbang itu, hanya enam daripadanya bersetuju untuk ditempatkan di pusat kuarantin di Bangkok.
Sementara itu, Thaweesilp berkata Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha telah mengarahkan baki 152 warga Thailand yang pulang ke negara itu menerusi Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada Jumaat untuk melapor diri kepada pihak berkuasa yang berkenaan hari ini dan menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin negara.
"Mereka mesti menghubungi Pusat Operasi Kecemasan (EOC) di Suvarnabhumi atau Pusat Damrongtham di wilayah mereka. Kami mempunyai maklumat mereka dan kami akan menjejaki mereka.
"Perdana Menteri mengarahkan untuk mengesan warga Thailand yang pulang itu dan meletakkan mereka di bawah kemudahan kuarantin negara. Jumlah kes yang dijangkiti dalam kalangan pelancong yang berada di luar negara masih tinggi. Ia berbahaya kepada negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 04 2020
Bangkok merekodkan kes COVID-19 tertinggi iaitu 980 kes diikuti Wilayah Nonthaburi, 128 kes dan Phuket, 107 kes. - Gambar REUTERS
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.
Thailand rancang perkenal lebih banyak produk, perkhidmatan untuk tarik pelawat Malaysia
Warga Malaysia mendahului dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong yang melawat Thailand pada 2023.
Jenazah Pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok selamat dikebumikan
Jenazah Fadzilah Abu Hasan selamat dikebumikan pada 9.50 malam di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah, Kampung Limau Manis, Kajang.