Thailand merekodkan satu kes baharu COVID-19 dan satu kematian melibatkan seorang pengurus hotel di wilayah selatan Phang-nga, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,989 dengan 55 kematian sejak penularan wabak itu Januari lepas.
Lelaki warga Australia berumur 69 tahun itu mengalami jangkitan paru-paru dan komplikasi buah pinggang serta disahkan meninggal dunia semalam.
Sementara itu, kes baharu itu melibatkan seorang wanita yang pulang dari Rusia pada 3 Mei.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata seramai 12,847 warga Thailand yang pulang dari luar negara menjalani kuarantin selama 14 hari di fasiliti negara itu dari 21 April sehingga semalam.
"Seramai 3,921 telah selesai menjalani kuarantin dan pulang ke rumah manakala 85 individu disahkan positif COVID-19," katanya semasa taklimat harian COVID-19 di sini, pada Rabu.
Setakat ini, seramai 173 pesakit sedang dirawat di hospital dan 2,761 individu telah discaj dan pulang ke rumah.
Sementara itu, Thaweesilp berkata Jabatan Sains Perubatan di Bangkok mengesah 40 kes yang disyaki dijangkiti di wilayah selatan Yala pada Isnin, negatif COVID-19.
Pada Isnin, Gabenor Yala Chaiyasit Panitpong berkata 40 kes baharu dikesan di empat daerah di Yala iaitu Bannang Sata, Jaha, Raman dan Mueng Yala.
Bagaimanapun, sampel yang diambil untuk ujian kedua pada hari berikutnya didapati negatif. Ujian ketiga dijalankan Jabatan Sains Perubatan di Bangkok untuk pengesahan.
Sementara itu, Gabenor Pattani, Kraisorn Visitwong berkata pihak berkuasa kesihatan sedang mengesan kes COVID-19 di kampung wilayah selatan Pattani berikutan 22 penduduk kampung dijangkiti virus itu.
"Sejumlah 1,500 penduduk kampung dari To Chood akan menjalani ujian COVID-19," katanya.
Setakat ini, Pattani merekodkan 79 kes positif COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 06 2020
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,989 dengan 55 kematian sejak penularan wabak itu Januari lepas.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'
Pemimpin gereja itu dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan para pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantunya.
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok
Kerajaan akan memperincikan mengenai cadangan penganjuran sukan Komanwel 2026 dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan disumbang pengembangan operasi sedia ada - Tengku Zafrul
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan tahun lepas disumbang daripada pengembangan operasi perniagaan sedia ada.
Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.
Malaysia, Australia jalin hubungan ekonomi lebih kukuh menerusi empat kerangka utama - Anwar
Anwar berkata hubungan ekonomi antara Australia dan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan kepentingan geoekonomi bersama dan usaha memakmurkan serantau.