Thailand merekodkan 104 kes baharu COVID-19 dan tiga kematian termasuk seorang warga Thai yang pulang dari Pakistan dan meninggal dunia dalam perjalanan menaiki kereta api penumpang dari Bangkok ke wilayah selatan Narathiwat, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 1,875 kes dan 15 kematian.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata lelaki berusia 57 tahun itu baru balik dari Pakistan pada 29 Mac lepas dan menaiki kereta api ke Sungai Kolok pada 30 Mac.
Ujian yang dilakukan mengesahkan lelaki terbabit yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi, positif COVID-19, katanya.
Thaweesilp berkata lelaki Thai berusia 77 tahun dari Pattani yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan emfisema, serta pemandu di Lapangan Terbang Suvarnabhumi berumur 55 tahun merupakan dua lagi kematian yang dilaporkan di negara ini.
"Daripada 1,875 kes COVID-19 di Thailand, terdapat 47 kes yang dikaitkan dengan perhimpunan keagamaan di Malaysia dan empat kematian dilaporkan. Kumpulan itu menyebabkan seramai 1,000 orang di Thailand menjalani kuarantin," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Sehingga kini, kesemua 1,875 kes COVID-19 dilaporkan di 62 wilayah di Thailand dan 1,598 adalah rakyat Thai manakala 277 warga asing. Seramai 503 pesakit dibenarkan keluar manakala bakinya masih dirawat di hospital.
Sementara itu, Thaweesilp berkata kerajaan menggesa pengembara, termasuk rakyat Thai untuk menangguh rancangan mereka pulang ke Thailand sehingga 15 April berikutan banyak kes COVID-19 di negara ini berkaitan dengan kes import.
"Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha mengarahkan Kementerian Luar untuk mengurangkan bilangan rakyat Thailand dan warga asing melancong ke Thailand.
"Kesemua penumpang, kecuali mereka yang mendapat keizinan terlebih dahulu atau sebelum langkah ini, sekiranya boleh, tangguhkan rancangan perjalanan mereka ke Thailand," katanya.
Sekurang-kurangnya 19 rakyat Thailand diuji positif COVID-19 selepas pulang dari Indonesia untuk menghadiri perhimpunaan keagamaan yang telah dibatalkan pada saat akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 02 2020
Sehingga kini, kesemua 1,875 kes COVID-19 dilaporkan di 62 wilayah di Thailand dan 1,598 adalah rakyat Thai manakala 277 warga asing.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Polis buka kertas siasatan komen jelik
Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik berhubung komen jelik yang dimuat naik dalam media sosialnya itu membabitkan nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.
Thailand rancang perkenal lebih banyak produk, perkhidmatan untuk tarik pelawat Malaysia
Warga Malaysia mendahului dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong yang melawat Thailand pada 2023.
Jenazah Pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok selamat dikebumikan
Jenazah Fadzilah Abu Hasan selamat dikebumikan pada 9.50 malam di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah, Kampung Limau Manis, Kajang.