Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi bayangan hubungan dengan China tegang susulan isu koronavirus.

Jelas Trump, beliau tidak berminat untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Presiden China, Xi Jinping ketika ini.

Trump turut mengakui sedang mempertimbang untuk memutuskan hubungan dengan China.

Kenyataan ini dibuat ketika temu ramah dengan Fox Business.

Trump menegaskan kecewa dengan kegagalan China mengawal virus itu.

Trump dan penyokong Republikan sebelum ini menuduh Beijing gagal mendedahkan kesan teruk COVID-19.

Beijing juga didakwa menyembunyikan data mengenai kes awal wabak itu. Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan China.

Ia sebaliknya mempertahankan telah bersikap telus terhadap semua laporan yang dikeluarkan.

Dengan pertelagahan baharu ini mencetus persoalan masa depan perjanjian perdagangan antara dua kuasa ekonomi dunia itu.