PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan peningkatan kes COVID-19 di seluruh dunia untuk hari kedua berturut-turut pada Sabtu, dengan merekodkan 259,848 kes dalam 24 jam.

Kenaikan paling ketara berlaku di Amerika Syarikat, Brazil, India dan Afrika Selatan.

Rekod WHO untuk kes baharu tertinggi adalah 237,743 yang dicatatkan pada Jumaat.

Jumlah kematian pula meningkat sebanyak 7,360, kenaikan terbesar direkodkan sejak 10 Mei.

Purata kematian adalah 4.800 sehari pada Julai, berbanding purata 4.600 sehari pada bulan Jun.

Jumlah kes COVID-19 global sudah melebihi 14 juta pada Jumaat, menurut laporan Reuters, dengan hampir 600,000 jumlah kematian dicatatkan dalam tempoh tujuh bulan.