Hubungan diplomatik antara Slovenia dan Croatia kini tegang susulan isu pertikaian sempadan perairan kedua-dua negara.

Ketegangan mula memuncak selepas Slovenia mendedahkan sebanyak 1,400 pencerobohan perairan dilakukan Slovenia sejak Jun lalu.

Slovenia turut melaporkan nelayannya kerap ditahan pengawal pantai Croatia kerana didakwa menceroboh perairan.

Susulan itu Slovenia telah menghantar memo kepada Crotia bagi menjelaskan rasa ketidakpuasan hati negara itu berhubung pencerobohan terbabit.

Namun memo terbabit ditolak mentah-mentah Croatia dan menggesa perbincang dua hala diadakan disebaliknya rundingan yang ditaja Belanda.

Bermula 2018, Slovenia dijangka menggunapakai peraturan timbang tara antarabangsa yang dimetrai Jun sebagai jaminan laluan tanpa sekatan di Laut Adriatic selain beberapa lagi terma peraturan itu.