Cyril Ramaphosa hari ini telah dipilih sebagai Presiden Afrika Selatan yang baharu selepas bekas presidennya Jacob Zuma meletak jawatan pada Rabu.

Ramaphosa, 65 tahun, sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Presiden.

Selepas peletakan jawatan Zuma, beliau telah dilantik sebagai Pemangku Presiden sebelum dipilih sebagai presiden oleh Parlimen.

Peletakan jawatan Zuma, 75 tahun, merupakan susulan kekacauan yang berlaku selama dua minggu dalam parti pemerintah selepas beliau enggan berundur apabila diminta berbuat demikian oleh pemimpin tertinggi ANC.