Pejuang militan Daish mengakui bertanggungjawab dalam serangan bom bunuh diri di sebuah kem latihan tentera di bandar kedua Yaman, Aden hari ini, memetik laporan agensi berita berkaitan Daish, Amaq.
"Kira-kira 60 terbunuh dalam operasi syahid yang dilakukan pejuang Daish mensasarkan pusat latihan ketenteraan di Aden," memetik muat naik kenyataan Amaq di Twitter.
Dalam kejadian serangan bom kereta bunuh diri itu, sekurang-kurangnya 60 maut, memetik laporan pasukan perubatan.
Menurut seorang pegawai keselamatan kepada AFP, penyerang memandu kenderaannya ke arah perhimpunan rekrut baru di kem berkenaan di utara Aden, sebelum meletupkannya.
Memetik sumber pasukan perubatan daripada tiga buah hospital kepada AFP, dalam kejadian itu juga, 29 yang lain mengalami kecederaan.
Sebelum itu, pasukan keselamatan memaklumkan 11 maut.
Beberapa siri pengeboman dan tembakan berlaku di bandar pelabuhan itu mensasarkan pihak berkuasa dan anggota keselamatan.
Siri serangan di Aden sering dikaitkan terhadap militan Al-Qaeda atau Daish, di mana kedua-dua kumpulan itu mengambil kesempatan untuk membuat kekecohan di Yaman bagi kepentingan di selatan dan tenggara negara itu.
Agensi
Mon Aug 29 2016
Tentera dan orang ramai berkumpul di perkarangan tempat kejadian sejurus selepas serangan berlaku. - Foto REUTERS
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Daish mengaku bertanggungjawab serangan bom kereta di Aden
Pejuang militan Daesh mengakui bertanggungjawab dalam serangan bom bunuh diri di sebuah kem latihan tentera di Aden hari ini.