OHIO :Calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden 'dinobatkan' sebagai pemenang dalam debat Presiden AS pusingan pertama yang berlangsung, pada Rabu.

Menurut kajian pendapatan yang dikeluarkan oleh CNS News pada akhir debat itu mendapati 48 peratus responden bersetuju bahawa Biden memenangi debat itu.

Sementara 41 peratus lagi menyifatkan Presiden AS, Donald Trump menguasai gelanggang dan menang berbanding Biden.

Menariknya, pengkritik lantang mengakui, yang kalah bukanlah Trump sebaliknya rakyat AS.

Sepuluh peratus pula memberi pandangan bahawa Trump dan Biden sama-sama menguasai pentas kerana kedua-dua mempamerkan hujah yang meyakinkan.

Bagaimanapun, pengkritik yang lain pula berpandangan, mereka yang tewas sebenarnya adalah rakyat AS dan negara itu.

Ini kerana ramai beranggapan debat itu menyebabkan 69 peratus berasa terkilan dan 19 peratus lagi pesimis dengan janji-janji calon berkenaan.

Dalam pada itu, 31 peratus pengundi mengakui terhibur dengan persembahan debat tersebut dan 17 peratus responden pula menyatakan mereka mendapat maklumat baharu daripada debat yang berlangsung.

Debat antara calon presiden menjadi tradisi di AS sebelum setiap pilihan raya, sejak 1960.

Ia adalah bagi memberi rakyat peluang menilai dengan lebih dekat dua calon yang bertanding sebelum membuat keputusan.

Dua lagi debat akan diadakan pada 16 dan 23 Oktober ini.