Pasti ramai yang mengetahui bertugas sebagai seorang wartawan bukan mudah.

Untuk mendapatkan berita yang sahih, pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi terutamanya bagi wartawan penyiaran yang perlu fikir sisi menarik untuk dipersembahkan kepada penonton.

Seperti cerita di Pakistan, seorang wartawan yang sedang menjalankan tugas dan menyampaikan laporannya ini sanggup meredah sebatang sungai yang deras akibat banjir kilat.

Tanpa rasa malu, dia selamba sahaja melaporkan dari dalam sungai itu khas buat rakyatnya mengenai banjir yang berlaku di kawasan itu.



Menurut laporan portal India Today, kawasan yang dibanjiri itu telah menyebabkan petani terpaksa mengentikan sebarang kerja-kerja pertanian.

Video yang mula di Twitter itu membangkitkan rasa kagum netizen terhadap wartawan yang disifatkan sebagai lain daripada yang lain itu.