Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Tabung Kajian Kanser Dunia seramai 326 daripada 100 ribu penduduk Denmark menghidap penyakit itu setiap tahun.

Menjadikan negara itu sebagai negara paling tinggi kadar penghidap kanser di dunia.

Ireland dan Australia pula berada di tangga kedua dan ketiga.

Manakala, sebuah lagi negara eropah iaitu United Kingdom berada pada kedudukan ke-22.

Walaubagaimanapun terdapat kemungkinan peningkatan kadar kanser di negara berkenaan berikutan peningkatan obesiti dan pengambilan minuman keras.

Ia diburukkan lagi dengan faktor gaya hidup yang malas beriadah.

Pada 2012, jumlah penghidap kanser yang disebabkan masalah kegemukan di Britain meningkat kepada 19 ribu kes.

Dalam laporan terbabit juga mendapati penduduk di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat mencatat jumlah paling rendah menghidap kanser.