Kota Palu, salah satu tempat tumpuan pelancong di Sulawesi yang dilanda gempa bumi dan bencana tsunami pada 28 Sept lepas, kini hanya menyajikan episod ngeri dengan penemuan demi penemuan mayat yang sudah reput dan hancur oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sana sini.
Seorang sukaralewan SAR yang ditemui Muhammad Fiqri Wahyudi, 28 tahun, berkata sepanjang lapan hari berada di sini untuk misi bersama pasukan sukarelawan SAR tempatan, beliau hanya menemui mayat sahaja, tidak ada mangsa terselamat yang ditemui di bawah timbunan tanah atau runtuhan bangunan.
"Kebanyakan mayat sudah reput serta hancur, dan ada juga bahagian anggota badan manusia yang bercerai daripada badan bila kami cuba tarik keluar ia dari dalam tanah," katanya kepada media Malaysia ketika ditemui di sini.
Menurut Muhammad ada ramai lagi mangsa tertimbus tapi sukar untuk digali dan dikeluarkan berikutan kedudukannya yang sangat dalam dan ditimbun oleh runtuhan bangunan yang besar lagi berat.
Sementara itu beberapa lagi pasukan sukarelawan asing mula memasuki Palu untuk menghulurkan bantuan dalam misi SAR antaranya, pasukan Topos Azteca dari Mexico.
Seorang daripada anggota pasukan itu, Natalia Banaza, 34, berkata mereka datang untuk membantu pasukan Topos Aztecas tempatan.
"Kami masih menunggu kebenaran daripada kerajaan Indonesia untuk memulakan operasi SAR di Palu. Ini bukan kali pertama kami di Indonesia, kami ada banyak pengalaman menjalankan operasi SAR di Indonesia sebelum ini," katanya.
Topos Aztecas adalah kumpulan pasukan penyelamat bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada 1985. -- Bernama
Bernama
Wed Oct 10 2018
Pasukan penyelamat mengangkat mayat yang dijumpai di bawah runtuhan sebuah masjid di Balaroa, Palu pada 9 Okt. - REUTERS
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Gempa bumi di Taiwan diunjur beri kesan minimum kepada industri semikonduktor Malaysia
Antara bangunan di Hualien yang runtuh akibat gempa bumi yang melanda timur Taiwan. FOTO CNA / AFP
Gempa bumi kuat dikesan di Papua New Guinea
Pusat gempa itu dikesan pada kedalaman 68km iaitu 30km tenggara dari New Britain Island.
Gempa bumi bermagnitud 5.4 landa timur Taiwan
Pusat gempa kali ini dikesan di Lautan Pasifik, 40.2 kilometer (km) timur- timur laut Dewan Daerah Hualien, pada kedalaman 16.9km.
Gempa bumi di New York, New Jersey: Kementerian Luar giat selaras usaha
Gegaran dirasai di seluruh kawasan Tri-State (New York, New Jersey, Connecticut) dan sejauh utara Massachusetts.
Dua warga Singapura hilang selepas gempa bumi di Taiwan - Laporan
Pejabat Perdagangan Singapura di Taipei berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan mengenai perkara itu.
Gempa bumi 4.8 magnitud melanda bandaraya New York dan kawasan sekitar
Kementerian Luar Negeri, melalui Konsulat Malaysia di New York, mengesahkan satu kejadian gempa bumi dengan magnitud 4.8 melanda berhampiran Stesen Whitehouse, New Jersey.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi Taiwan: Dua mayat ditemukan di Denai Kembara Shakadang
Dua mayat ditemukan dalam keadaan separuh tertimbus di bawah timbunan batu di Denai Shakadang, Taman Negara Taroko pada Jumaat.