Seorang lelaki di Perancis didenda 300 euro (RM1,461) kerana melakukan serangan seksual di bawah undang-undang baharu di negara itu berkaitan gangguan di jalanan yang diluluskan bulan lalu.

Lelaki tersebut yang dipercayai mabuk bertindak menepuk punggung seorang wanita di dalam sebuah bas berhampiran Paris selain bercakap kurang sopan tentang penampilan dan payu daranya.

Insiden itu turut mencetuskan pergaduhan dengan pemandu bas yang kemudiannya mengurungnya di dalam bas sehingga polis tiba.

Lelaki berusia 31 tahun juga dijatuhi hukuman penjara tiga bulan atas kesalahan melakukan gangguan seksual dan menyerang pemandu bas tersebut. - BBC