BERITA baik buat para peminat siri adiwira Marvel!

Disney kini dalam perancangan untuk membuka taman tema berkonsepkan Marvel di Disneyland di Anaheim, California dengan nama 'Marvel Land'.

Ia susulan kejayaan daripada pembukaan taman tema berkonsepkan Star Wars: Galaxy's Edge yang mendapat sambutan mengalakkan di Disneyland baru-baru ini.

Menurut portal berita LA Times, taman tema Disneyland Anaheim itu telah diberikan permit untuk memperluaskan lagi taman temanya dengan kos pembinaan yang dilaporkan berjumlah lebih dari AS$14 juta dolar (RM5.8 juta).

Tarikan terbaharu itu juga dikatakan akan menampilkan permainan seperti pengembaraan dalam filem 'Guardians of the Galaxy'.

Ketika ini, dinding sementara yang besar telah didirikan bagi menandakan kawasan tersebut sebagai kawasan pembinaan.

Tertera logo

Ilustrasi peminat berkenaan taman tema Marvel Land

Kawasan pembinaan itu juga dilabel dengan logo 'Stark Industries', yang juga menjadi sebahagian daripada francais filem Iron Man sebelum ini.

Disney sebelum ini telah pun mendedahkan berita mengenai perancangannya untuk membuka taman bertemakan superhero, bagaimanapun ia dirahsiakan kerana masih dalam perancangan awal.

Kata Disney, taman tema baharu ini bakal 'merekrut tetamu' pada tahun 2020 dan ia adalah perkembangan yang besar di Disneyland Anaheim, California.

Sehingga kini, watak adiwira yang bakal menjadi tarikan utama di taman tema itu masih belum didedahkan.