Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerard Collomb memaklumkan drama tebusan di Paris berakhir.

Ia susulan penahanan individu yang bertanggungjawab ke atas kejadian itu dan pembebasan mangsa tebusan di sebuah bangunan di ibu kota Perancis berkenaan.

Collomb mengesahkan perkara itu menerusi tweetnya tanpa mendedahkan maklumat lanjut berhubung kejadian terbabit.

Sementara itu menurut pihak berkuasa Perancis dalam kejadian pada Selasa waktu tempatan itu polis telah mengepung pintu masuk bangunan yang digunakan seorang lelaki dengan menjadikan dua mangsa tebusannya.

Bagaimanapun, tegas polis dalam kejadian di tingkat bawah bangunan di jalan bandar Petites Ecuries ia tidak mempunyai unsur keganasan.

BACA: Lelaki tahan dua tebusan di Paris