Lahir pada tahun 1899 iaitu kira-kira dua abad yang lalu, Susannah Mushatt Jones dan Emma Morano dikenal pasti sebagai dua insan tertua di dunia.

Mereka berdua memegang rekod berkenaan, selepas manusia tertua, Jeralean Talley meninggal dunia bulan lepas.

Jones, yang dikenali sebagai 'Miss Susie', tinggal di New York manakala Morano menetap di Italy.

Mereka bakal menginjak ke usia 116 tahun, tahun ini.

Jones, yang juga pesara pusat penjagaan kanak-kanak akan menyambut harijadinya pada 6 Julai ini.

Beliau merupakan pemegang rekod manusia tertua berdasarkan kajian kumpulan gerantologi yang mengumpulkan data tarikh lahir seluruh dunia.

Manakala, Morano, manusia kedua memegang gelaran itu, kini tinggal di sebuah pekan yang mengadap Tasik Maggiore di Itali.

Morano menganggap rahsia umur panjangnya ialah dengan mengamalkan makan telur mentah setiap hari.