Sekurang-kurangnya dua maut termasuk seorang anggota polis dalam kejadian letupan bom kereta di bandar kedua terbesar Mesir, Iskandariah pada Sabtu, lapor agensi berita tempatan MENA.

Bom tersebut, yang turut mencederakan empat anggota polis, dipercayai dituju kepada Ketua Polis Iskandariah, Major Jeneral Mostafa al-Nemr, kata Kementerian Dalam Negeri negara itu dalam satu kenyataan.

Mangsa maut terdiri daripada anggota polis dan pemandu, lapor MENA memetik kenyataan Nemr.

"Pada Sabtu, 24 Mac satu peranti yang diletakkan dibawah sebuah kereta telah meletup sebaik sahaja kenderaan yang membawa Ketua Polis Iskandariah melintas," tambah kenyataan itu.

Saksi kejadian memberitahu, kawasan tersebut terus dikepung anggota polis dan tentera susulan kejadian yang berlaku dua hari sebelum negara itu dijangka adakan pilihan raya Presiden.