SEKURANG-KURANGNYA dua maut manakala puluhan lagi cedera dalam satu kejadian letupan di Ningbo, barat China.

Jurucakap kerajaan tempatan berkata, kejadian berlaku di sebuah kilang pada jam 9 pagi waktu tempatan di daerah Jiangbei dan menyebabkan beberapa bangunan berdekatan runtuh.

Sekurang-kurangnya 30 orang dikejarkan ke hospital dan operasi mencari dan menyelamat kini giat dilakukan.

Media tempatan melaporkan kejadian berpunca daripada tong gas yang meletup namun punca sebenar kejadian masih disiasat pihak berkuasa.

Kemalangan di tempat kerja semakin meningkat di China sehingga mendorong industri untuk meningkatkan aspek keselamatan.

Pihak kerajaan telah meningkatkan penguatkuasaan di tempat kerja serta melaksanakan hukuman lebih ketat.

Susulan ini jumlah kematian di tempat kerja pada 2017 jatuh lebih 25 peratus berbanding tahun sebelumnya namun ia masih tinggi. Sekurang-kurangnya 29,000 mangsa dilaporkan maut di tempat kerja tahun ini.