Dua pegawai polis ditembak mati ketika menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Daerah Than To, Yala, selatan Thailand, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Siasatan Jenayah Daerah Than To, Kapt. Pol. Palakorn Sichai berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari (waktu tempatan) ketika kedua-dua pegawai polis berumur 51 dan 53 tahun bersama-sama kira-kira 100 jemaah sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Ibadah, Kampung Mayo.

Beliau berkata empat lelaki yang menutup muka dan bersenjata memasuki masjid tersebut ketika kesemua jemaah sujud dan melepaskan melepaskan empat das tembakan tepat ke atas kepala mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Menurutnya, pihak polis tidak menolak kemungkinan insiden itu didalangi kumpulan pejuang pemisah Pattani yang bergerak aktif di kawasan itu.

-- BERNAMA