Ratusan bangkai ikan dan belut ditemui di sekeliling pantai Laguna Bushells yang terletak di bahagian barat laut Sydney, Australia pada Ahad.

Jurucakap Rangkaian Alam Sekitar Hawkesbury (HEN), Richie Benson selaku organisasi pemantau laguna itu berkata anggotanya terkejut melihat penemuan itu yang tidak pernah berlaku, lapor ABC Online.

Malah kebimbangan ini timbul selepas oerginisasi itu menerima banyak laporan berkaitan kematian puluhan burung pelikan ditambah pula dengan kematian kura-kura dan belut di beberapa laguna berdekatan.

Burung pelikan ditemui mati di Laguna Bulshells. -Foto Facebook/Richie Benson
“Pada Ahad, saya keluar bagi memantau Lugana Bushells dan kelihatan ikan dan belut mati di laguna itu.

“Sepanjang hidup saya, ini kali pertama saya melihat fenomena sebegini terjadi.

“Baunya sangat busuk dan ia boleh menyebabkan air di laguna itu beracun terutama selepas beberapa hari kematian haiwan itu,” ujar Richie.

Belut dijumpai mati di Laguna Deep pada suhu 28.5C. Foto Facebook/Richie Benson
Sehubungan itu, HEN merancang untuk melaksanakan pengurusan air bagi memelihara nilai estetika laguna itu.

Bagaimana pun, Richie menjangkakan kematian haiwan-haiwan tersebut berpunca daripada pertembungan suhu panas dan paras air yang sangat cetek.

“Saya jangkakan kejadian berlaku disebabkan kombinasi suhu cuaca yang begitu panas dan paras air yang sangat cetek di laguna tersebut berkurangan.

“Apabila keadaan itu berlaku, belut melompat keluar dari air tersebut untuk mencari oksigen malangnya mati kekeringan,” jelas Richie.

Selain itu, Richie ada menyukat suhu cuaca di laguna Bulshells minggu lalu iaitu 37C.

Kura-kura ditemui mati di Laguna Deep. Foto Facebook/Richie Benson
Bagaimana pun, pihak bertanggungjawab yang berkaitan dengan laguna diminta mengambil tindakan sewajarnya dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.