Susulan isu krisis air sungai Tigris di Iraq.

Duta Turki ke Baghdad beri jaminan negaranya tidak akan menghentikan bekalan air ke Iraq.

Dutanya Fatih Yildiz berkata menerusi satu sidang media pada Selasa, negaranya akan mengeluarkan jumlah air yang mencukupi.

Sebelum ini air di sungai Tigris di Iraq alami penyusutan mendadak berikutan sekatan bekalan dari Turki.

Ini kerana Turki bertindak mengisi empangan Ilisu yang baru dibina yang bermula 1 Jun lepas menyebabkan aliran air ke Iraq susut 50 peratus.