Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sekali lagi menyuarakan hasratnya untuk meletak jawatan, ketika pemerintahannya baru memasuki penggal kedua.
Duterte yang kini berusia 73 tahun berkata, beliau tidak lagi bertenaga untuk memikul tanggungjawab sebagai pemimpin negara selain bosan dengan amalan rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan.
Beliau membuat kenyataan itu semasa pertemuan dengan ahli perniagaan di Malacanag pada Selasa.
"Saya tidak menentang atau marah kepada mana-mana pihak. Saya cuma merasakan tidak berdaya lagi untuk memerangi rasuah yang wujud dalam hampir semua jabatan kerajaan.
"Amalan rasuah ini akan terus berlaku biarpun penggal pemerintahan saya tamat," katanya.
Selain itu, Duterte berkata masalah kesihatan seperti kerap mengalami migrain antara alasan mengapa beliau mahu berundur lebih awal.
Sementara itu, pengasas Parti Komunis Filipina, Jose Maria Sison berkata Duterte hanya bersandiwara ketika mengumumkan hasrat meletak jawatan.
"Duterte akan berkuasa selama yang dia mahu. Selagi berkuasa, dia ada imuniti daripada disaman atau diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa," katanya.
Pada Mac lalu, Duterte berhasrat bersara dua tahun lebih awal (2020) sekali gus menolak kebimbangan beliau mungkin terus berkuasa untuk menjadi diktator.
Penggal enam tahun Duterte sebagai presiden tamat pada 2022. - Inquirer.net
Sinar Harian
Thu Aug 16 2018
Duterte yang kini berusia 73 tahun berkata, beliau tidak lagi bertenaga untuk memikul tanggungjawab sebagai pemimpin negara selain bosan dengan amalan rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan. - Gambar fail/REUTERS
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemimpin komunis Filipina Jose Maria Sison meninggal dunia
Pemimpin komunis Filipina Jose Maria Sison meninggal dunia pada usia 83 tahun, semalam.
Duterte berhasrat letak jawatan
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sekali lagi menyuarakan hasratnya untuk meletak jawatan, ketika pemerintahannya baru memasuki penggal kedua.