Presiden Filipina, Rodrigo Duterte merancang menggandakan gaji guru susulan peningkatan pendapatan negara berkenaan selepas Filipina mencadangkan reformasi ke atas rejim percukaiannya baru-baru ini.

Langkah ini juga dijangka turut melibatkan gaji permulaan, tetapi ia harus diluluskan kabinet negara itu terlebih dahulu.

Menurut jurucakap kepada Presiden Duterte, Harry Roque, langkah berkenaan turut menyaksikan gaji permulaan bagi guru di semua sekolah awam di Filipina akan dinaikkan dua kali ganda.

Katanya, langkah berkenaan menyamai tindakan untuk menaikan gaji pokok anggota tentera dan polis yang dibuat sebelum ini.

Guru di negara berkenaan menerima gaji antara antara RM1,565 hingga RM3,800 berdasarkan tahap pendidikan.

Populariti Duterte yang terkenal sebagai presiden yang bersifat santai itu menjunam hujung tahun lalu.

Akhbar tempatan melaporkan populariti beliau berada di bawah parah 50 peratus selepas rakyat Filipina sudah semakin muak dengan agenda ‘memerangi dadah' yang dilancarkannya sejak mula memegang tampuk kuasa pada Jun 2016.

Rakyatnya juga tidak berpuas hati dengan tahap ekonomi negara berkenaan.