Tentera Mesir berkata pasukan mencari dan menyelamatnya telah menemui beberapa serpihan pesawat EgyptAir yang hilang pada Khamis di Laut Mediterranean bersama 66 orang penumpang dan anak kapal di dalamnya.

“Pesawat dan kapal Mesir telah menemui beberapa barangan penumpang dan bahagian serpihan kira-kira 290 kilometer ke utara Iskandariah,” seorang jurucakap tentera memaklumkan di laman Facebook hari ini.

LAPOR LANGSUNG: Kehilangan peswat EgyptAir MS804 bersama 66 penumpang dan anak kapal

Pesawat MS804 tersebut sebelum ini berlepas dari Paris dan dijadual tiba di Kaherah sebelum hilang dari radar.

Menurut Menteri Pertahanan Greece, pesawat tersebut membuat beberapa pusingan sebelum jatuh ke dalam laut.

Pihak berkuasa Mesir pula melaporkan tiada panggilan kecemasan diterima daripada juruterbang dan Kaherah tidak menolak pesawat berkenaan diserang pengganas.