Pertumbuhan ekonomi China turun ke paras terendah dalam 28 tahun untuk berada pada 6.6 peratus bagi 2018.

Selain faktor domestik, perang dagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS) memburukkan lagi keadaan.

Penurunan ekonomi jauh lebih rendah dari jangkaan itu dipacu kemerosotan pada suku terakhir 2018 tatkala hubungan dagangan China dengan AS tegang.

Unjuran ekonomi China yang tidak menentu juga menyaksikan syarikat menangguhkan pelaburan dan serta pengambilan pekerja malah ada yang membuang pekerja.

Untuk rekod, kadar pengangguran di China berada pada 4.9 peratus bulan lepas berbanding 4.8 peratus pada November.

Perkembangan ekonomi China amat penting terutama buat negara membangun termasuk Malaysia yang bergantung kepada eksport ke negara tembok besar itu.