Pihak berkuasa Australia menyerbu empat kawasan kejiranan di pinggir bandar Sydney dalam satu operasi anti keganasan pada lewat Sabtu malam.

Serentak itu empat suspek ditahan dipercayai ada kaitan dengan cubaan meletupkan sebuah pesawat.

Menurut Perdana Menteri Australia dalam sidang medianya pagi ini, serbuan dijalankan susulan siasatan berterusan dalam membasmi keganasan.

"Setelah mendapat nasihat daripada agensi keselamatan dan perisikan negara, kerajaan bertindak pantas bagi melindungi orang awam ketika operasi dijalankan.

"Selain itu, langkah-langkah keselamatan tambahan turut diperketatkan di lapangan terbang Sydney, juga di semua lapangan terbang domestik dan antarabangsa pada Khamis," kata Turnbull.

Menurut organisasi risikan dan keselamatan Australia, operasi dijalankan itu adalah antara yang terbesar.

Australia merupakan antara negara yang meningkatkan tahap keselamatan susulan ancaman keganasan.