Tutup

Berita  | Dunia

Empat maut akibat letupan bom ketika solat Jumaat

Empat maut akibat letupan bom ketika solat Jumaat
Antara yang maut termasuk imam masjid berkenaan yang terletak 25 kilometer dari bandar Quetta. - AP
QUETTA: Sekurang-kurangnya empat maut dalam insiden letupan di sebuah masjid di tenggara Pakistan pada Jumaat.

Kejadian yang berlaku ketika solat Jumaat itu turut mencederakan 20 jemaah yang lain.
Menurut pihak polis, bom tersebut diletakkan di bawah kerusi kayu berhampiran imam.

Antara yang maut termasuk imam masjid berkenaan yang terletak 25 kilometer dari bandar Quetta.
Quetta adalah ibu kota wilayah Balochistan, yang kini bergolak akibat pertempuran antara pihak pemberontak dan militan.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut.

Angka kematian dijangka meningkat memandangkan ada mangsa yang cedera parah.

Tag: Pakistan, solat jumaat, letupan bom


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.