Sekurang-kurangnya empat maut manakala 12 lagi dilaporkan cedera dalam satu kejadian serangan membabitkan penyerang bersenjata di pasar Krismas Strasbourg pada Rabu.

Kejadian berlaku ketika pasar berkenaan dipenuhi dengan pengunjung yang membeli belah bagi persediaan hari Natal yang bakal disambut tidak lama lagi.

Kejadian itu menyebabkan kebanyakan orang ramai bertempiaran lari dan mencari perlindungan.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam lapan malam waktu tempatan itu turut menyaksikan pihak berkuasa berbalas tembakan degan suspek.

Suspek dipercayai turut tercedera dalam adegan berbalas tembak itu namun berjaya meloloskan diri.

Menurut pihak berkuasa Perancis, suspek sudahpun dikenalpasti kerana tersenarai dalam orang yang dikehendaki.

Menurut saksi suspek beberapa kali melaungkan beberapa ungkapan sebelum melepaskan tembakan tersebut.

Pihak berkuasa kini giat memburu suspek ketika ini.