ENAM pasangan dijatuhkan hukuman sebat di khalayak ramai kerana menjalinkan hubungan tanpa ikatan perkahwinan di wilayah Aceh pada Isnin.

Hukuman tersebut adalah satu kebiasaan di wilayah itu dan sering dikenakan kepada pesalah yang melanggar peraturan Islam

Antara aktiviti yang melanggar peraturan Islam termasuk terlibat dengan aktiviti perjudian, minum minuman alkohol dan hubungan seks sesama jantina.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan hukuman mengikut undang-undang syariah Islam.

Memetik laporan media, kesemua 12 individu itu dipenjara selepas ditahan akhir tahun lalu dalam satu serbuan di sebuah hotel di bandar di wilayah itu.

BACA: Dua remaja disebat kerana berpelukan di tempat awam

BACA: Kalau dah jodoh tak ke mana, perawan 60 tahun temui 'pucuk muda'

BACA: Sebat syariah: Jabatan Penjara pertonton kaedah pelaksanaan hukuman

Empat pesalah menerima tujuh sebatan setiap seorang selepas didapati berdua-duaan dengan pasangan bukan muhrim.

Manakala yang lain terima antara 17 hingga 25 sebatan selepas ditangkap dalam keadaan mengaibkan dan didapati bersalah menjalinkan hubungan intim tanpa ikatan sah.

Hukuman itu turut disaksikan puluhan penduduk tempatan, wartawan serta jurugambar sebagai pengajaran buat yang lain.

BACA: Lagi pasangan bercumbuan dihukum sebat di Aceh, mungkin kali akhir di khalayak ramai