Tutup

Berita  | Dunia

Erdogan ugut bebaskan tahanan Daish ke EU

Erdogan ugut bebaskan tahanan Daish ke EU
Katanya, Turki bukanlah 'hotel' bagi pejuang-pejuang Daish dalam tahanan serta mengkritik semua negara yang enggan menerima kembali warganegara mereka yang menyertai kumpulan pengganas berkenaan. -Foto AP
PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan pada Selasa memberi ancaman kepada Kesatuan Eropah (EU) bahawa negara itu mampu membebaskan kesemua tahanan militan Daish ke Eropah.

Ia selepas Presiden Turki itu berang dengan keputusan EU mengenakan sekatan ke atas negaranya kerana menggali gas di perairan Mediterranean di Cyprus.
Bercakap kepada wartawan sebelum lawatannya ke Amerika Syarikat, Erdogan berkata Turki akan 'mengembalikan' tentera militan Daish ke negara asal mereka walaupun negara-negara tersebut akan menolak tindakan itu.

Katanya, Turki bukanlah 'hotel' kepada militan Daish dalam tahanan serta mengkritik semua negara yang enggan menerima kembali warganegara mereka yang menyertai kumpulan pengganas berkenaan.
Pada Isnin, Turki telah bertindak mengusir beberapa warga Amerika Syarikat, Denmark dan Jerman serta mengumumkan rancangan seterusnya untuk mengusir tujuh lagi warga Jerman, dua warga Ireland dan 11 rakyat Perancis.