BUAT pertama kali, Facebook Inc menurunkan satu hantaran oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang didakwa melanggar peraturannya dengan berkongsi maklumat yang salah mengenai COVID-19.

Dalam hantaran yang mengandungi klip video iaitu sedutan dari wawancara beliau bersama Fox & Friends pada hari sebelumnya, Trump mendakwa kanak-kanak 'hampir kebal' terhadap virus berkenaan.

"Video ini merangkumi tuntutan palsu bahawa sekumpulan orang kebal daripada COVID-19, melanggar dasar kami mengenai salah maklumat COVID-19 yang berbahaya," kata seorang jurucakap Facebook.

Tidak lama kemudian, ciapan Trump menerusi akaun kempen beliau, @TeamTrump yang turut dikongsi laman rasmi Presiden itu turut diturunkan oleh Twitter Inc kerana melanggar peraturan salah maklumat COVID-19.

Jurucakap Twitter mengatakan, pemilik akaun @TeamTrump akan diminta untuk memadam ciapan berkenaan sebelum dibenarkan untuk membuat sebarang ciapan baharu.

Kempen Presiden AS itu menuduh syarikat-syarikat media sosial itu berat sebelah terhadapnya dengan mendakwa Trump menyokong pendapatnya beserta fakta.

"Syarikat media sosial bukan penimbang tara kepada kebenaran sesuatu berita," kata jurucakap kempen Trump, Courtney Parella.

Sebelum ini, Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) menjelaskan, golongan dewasa mendominasi ke COVID-19 pada ketika ini, namun kanak-kanak dan bayi turut dijangkiti dan boleh menjangkiti lain.

Analisis daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa, daripada enam juta kes jangkitan yang dicatatkan bermula 24 Februari hingga 12 Juali mendapati peratusan kanak-kanak yang berumur lima hingga 14 tahun hanya 4.6 peratus.

\White House bagaimanapun, tidak mengeluarkan sebarang maklum balas berhubung polemik ini.