Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika (The Fed), Jerome Powell enggan mengesahkan jika unjuran peningkatan kadar faedah untuk tiga kali akan berubah, tetapi beliau menyatakan bahawa bank pusat akan mengambil maklum beberapa perkembangan positif.

Menurut Powell, sejak unjuran kadar faedah diumumkan The Fed pada Disember, data ekonomi menunjukkan pengukuhan ekonomi dan wujud keyakinan bahawa kadar inflasi akan meningkat ke sasaran 2 peratus.

Tambah Powell, cukai dan dasar perbelanjaan kerajaan juga menjadi lebih stimulatif.

Katanya, setiap ahli Fed harus mengambil maklum perkembangan ini untuk unjuran kadar faedah yang baru.

Ramai pakar ekonomi menjangkakan The Fed akan merangsang peningkatan kadar faedah empat kali tahun ini dan bukan tiga, dengan peningkatan pertama pada bulan Mac.

Powell memberi keterangan di hadapan Kongres pada Selasa, yang merupakan penampilan pertamanya sebagai pengerusi The Fed, dan menyampaikan laporan dasar kewangan pertengahan tahun pertama.

Penampilannya di Kongres dilihat sebagai usaha pengerusi Fed baru untuk memberi jaminan bahawa dasar Fed tidak akan mengalami perubahan mendadak.