Sebutir bom yang dipasang dalam mikrofon sebuah masjid di wilayah timur Afghanistan meletup dan membunuh gabenornya ketika beliau menyampaikan khutbah aidil adha.

Arsallah Jamal, gobenor di wilayah Logar, terbunuh dalam serangan itu manakala 15 lagi cedera.

Lima daripada mereka dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Menurut pihak berkuasa bom berkenaan disorok dalam mikrofon di bahagian hadapan masjid berkenaan.

Arsallah pernah terselamat dalam beberapa cubaan pembunuhan sebelum ini dan menjadi sasaran serangan berprofil tinggi.

Antaranya dua serangan berani mati di pejabatnya di Khost pada bulan Mei dan Julai 2009 dan sebuah kereta serang bom berani mati juga menyasarkan konvoinya pada ogos 2007.

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melancarkan seraangan itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa mengesyaki serangan didalangi Taliban.

Arsallah yang berusia 47 tahun merupakan sekutu rapat presiden Hamid Karzai yang pernah berkhidmat sebagai pengurus kempen semasa 2009 pilihan raya presiden.