GERGASI enjin carian, Google, didenda AS$1.7 bilion (RM69 bilion) kerana melanggar undang-undang anti persaingan melibatkan bahagian pasaran pengiklanannya di Eropah.

Ini merupakan kali ketiga Google didenda oleh Eropah sekali gus menjadikan ia rantau paling aktif mengawal selia kesalahan enjin carian itu.

Bagi Eropah, pengaruh besar Google terhadap komuniti perlu diperhatikan kerana ia mengundang kepada banyak pelanggaran undang-undang.

BACA: 'Mana tanggungjawab kamu?' - Zuckerberg diminta perjelas kegagalan tapis video tragedi Christchurch

BACA: Tembakan di Christchurch, SKMM tidak bercadang tutup Facebook

Eropah mendakwa Google melanggar undang-undang anti persaingan dengan melaksanakan terma tidak adil terhadap syarikat yang menggunakan ruangan carian Google untuk laman web mereka di Eropah.

Tindakan Eropah kini dianggap sebagai model global terbaik dalam mengekang pengaruh kuat gergasi teknologi dari Lembah Silikon.

Eropah juga merupakan rantau yang lantang menyuarakan peranan berlebihan platform seperti Apple, Amazon, Facebook dan Google dan dilihat bersifat anti persaingan.

Ia tamparan terbaharu buat Google selepas ia dikecam hebat kerana gagal mengawal sebaran video tembakan penganas di Christchurch, New Zealand di bawah platform media sosial miliknya.

Google sebelum ini pernah disaman Eropah kerana memilih syarikat yang ada kaitan dengannya untuk diletakkan di bahagian atas dalam carian pengguna.