Aplikasi mudah alih popular WhatsApp melaporkan berlaku gangguan perkhidmatan pada Khamis melibatkan pengguna di seluruh dunia pagi ini.

Gangguan itu menyebabkan pengguna di seluruh dunia tidak dapat mengakses perkhidmatannya dan syarikat itu berjaya memulihkannya kurang satu jam kemudian, lapor Reuters.

Sementara itu, laman web downdetector.com berkata pengguna di utara Eropah dan Brazil dikesan paling terjejas.

WhatsApp, anak syarikat Facebook Inc, dilapor mempunyai 1 bilion setiap hari di seluruh dunia dan merupakan antara aplikasi permesejan paling popular di dunia.