Syarikat-syarikat pembekal senjata Jerman menghentikan eksport ke Arab Saudi selepas Canselor Angela Merkel mengumumkan tindakan tersebut bulan lalu.

Tindakan diambil susulan kes pembunuhan wartawan kanan Arab Saudi Jamal Khashoggi yang didakwa ada perkaitan langsung dengan Arab Saudi.

Proses penggantungan itu bagaimanapun masih menjadi tanda tanya kepada pemain industri di sana.

Ini kerana, mereka mempersoalkan sama ada tindakan itu bersifat sementara atau untuk tempoh tertentu sehingga arahan terbaharu dikeluarkan.

Antara lain, jumlah kerugian akibat penggantungan itu hanya akan dibiayai sekiranya pihak kerajaan bersetuju berbuat demikian.

Dalam pada itu, Arab Saudi juga dijangka mengemukakan tuntutan ganti rugi kerana penggantungan tersebut.